sumber:cara guna enjin carian
APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?
—
Heri, Alor Setar
Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam
menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan
maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna
enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan
pantas.
Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih
memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu
pertandingan perlumbaan kereta.
Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu
laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak
betul.
Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan
carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan
masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.
Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.
Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.
Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian
maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet
iaitu:-
1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan
beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan
paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan
unik.
2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya
adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan
menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci
yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi
secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata
kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak
berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian
berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan
dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas
dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak
merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti -
Enterprise - Ker dan lain-lain.
3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci
yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut.
Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata
kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan
maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu
carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian
tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf
besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai
contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana
kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan
dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti
and, a, the, an, is dan
lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia
boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses
carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").
6. Penggunaan fungsi
AutoComplete dalam enjin carian.
Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih
spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan
yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah
cara yang berkesan menggunakan fungsi
AutoComplete dalam enjin
carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan
masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi
AutoComplete ini
bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada
pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan
lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti
balls,
tested,
walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti
ball,
test,
walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan
reading. Gunakan perkataan
reading dalam carian maklumat kita.
8. Penggunaan
Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian,
seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi
satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian
Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan
tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian.
Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang
dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti
berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol
yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan
carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan
maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan
atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan
sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh
menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant
+and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat
berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu
perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan
maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak
kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini
terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti
HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti
berikut, ~ HTML.
nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan
bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar
*. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada
perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala
maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan
yang lain.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu
perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah
akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan |
indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada
perkataan carian tersebut.
nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh
dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran
bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad
RM100 RM200 dan lain-lain.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak
pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh,
negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik
butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi
Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia
juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada
carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan
Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian
atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk
kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang
pantas.
Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar
berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir
kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.