SEJARAH PERTUMBUHAN BAHASA MELAYU
http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/Utama.html
2.1
PENGENALAN
erkurun lamanya orang yang
tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok
yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun
pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara
satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka
setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri
sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat
keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan
pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.
Sebelum
ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu
telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada
batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan
ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis
perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit
memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang
tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke
Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.
2.2 BAHASA MELAYU
KUNO
Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah
digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang
perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari
Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini
merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba'
wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan
rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil
rempahnya ke dunia Arab.
Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak
semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah
wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk
mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno
dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera.
Pada abad
pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan
pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini
mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di
Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi
tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis
lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama
mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama
Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa
Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai
sebagai bahasa Melayu Kuno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan